20091128
bahu..........
aku nak tacapkan sedikit hikmah dek kerana bahu…………………….dan bukan kueh bahu….lu yang sodap dimakan…..mahupon tempat menggalas beg yang dibawa di belakang badan..…
Ya…bahu…bahu…….
Ini berlaku kepada junior aku pada sedikit masa dahulu…aku pon hampir2 tak tahu macam mana nak tolong sahabat nih…. Penyakit was2 menyelubungi dia semasa solat……..puas aku aku bagi tips2 tapi tetap dia tak boleh fokus……dan akhirnya pada suatu hari dia menceritakan kat aku akan peristiwa manisnya…ini bukan cerita memburukkan..tapi kita cari hikmah…..=)……………..suatu hari dia solat kat surau….memang dia tengah was2…diulang solat beberapa kali..tapi tak boleh…dalam pada itu…di cerita..huh!!!!ada seorang junior baru..tiba2 datang…dipegang bahu sahabat aku dengan lembut……dan dirapatkan kedudukan safnya di tepi sahabat aku ni sekemas2nya…..Allahuakbar!!takbir…sahabat aku kaget dalam solatnya..ertinya dia mesti menjadi imam……dikuatkan semangat…..lalu dicuba lapangkan dadanya…..dia berusaha mengimamkan jemaah antara mereka berdua…Alhamdulillah…segala2nya Allah permudahkan………tiada was2 lagi sehingga solat itu selesai di tunaikan…..Alhamdulillah…..aku lihat ini sebagai hikmah…..bila si dia memegang bahu sahabat aku nih..terlihat betapa satu tanggungjawab datang secara tiba2…tugas menjadi imam…sememangnya... kita maklum imam punya tugas besar dan berat…dalam mengetuai jemaah semasa solat..mahupon tugas2 diluar solat... ia seolah2….kepercayaan disandarkan kepada sahabat aku nih…bahawa dia boleh dan mampu menjadi lebih baik dari itu..iaitu terus kepada tugas sebagai seorang imam …..dan mampu membuang terus beban2 yang hampir menjadi teman akrabnya…..kuasa Allah mengatasi segala-galanya...
Jadi aku syorkan…jika ada antara sahabat2 kita yang ada was2 nih……..kita boleh bertindak untuk melakukan situasi seperti itu…mana tahu di situ ada jalan….punya pemudah………………sungguh hebat ciptaan manusia..setiapnya berfungsi dengan peranannya….seperti bahu… yang punya hikmah….=) dan Allah takkan membeban seseorang itu sesuai dengan kesanggupannya melalui semua ujian itu…….ia mungkin sesuatu yang kita rasakan buruk untuk kita terima mungkin lebih daripada itu kita akan fikirkan….tapi…Allah jauh mengatur yang lebih baik dari itu dalam hidup kita sebagai hamba dalam setiap saat….kerna Dia Maha Mendengar segala permasalahan hamba2nya yang tak putus2 meminta……………..yang penting jangan biarkan diri ini terus menerus mengalah untuk terus hidup..umpama terpaksa bersoal itu dan ini ..dan akhirnya surrender……………
Jalan2 hidup penuh duri yang kita akan berasa sakit dan pahit…untuk kita dapat dan meraih kasih Ilahi…..
sebuah doa......
“aku bersaksi bahwa Kau Tuhan yang Agung menciptakan segalanya…tempat ku bermohon dan berlindung dari kehinaan dan kemusnahan…”
20091110
moga..kenangan semalam.....satu hikmah.....
20091102
duet punya pasal...
Lalu pada pukul 4.50 ptg seusai asar kulunaskan….aku pon mencari makan…hakikat idup kadangkala kita kena berkala2 mengikat porut……………………aku pon memesan untuk melantak nasi putih+tomyam campur…kepingin makan podas2….sahabat aku pulak memesan..koew teow ladna……………………
Setelah makanan siap..kami pilih exclusive open air untuk mensantap makanan kami………….sambil makan2..biasa la…potpet2………..ja…..
Nak dekat abih makanan aku abih…dan sahabat aku abih dah…..datang la dua orang mamat ni………duduk depan kami…terkejut kami………….apo plak halnya…………….umor diaorang lebih kurang baya2 kami………
Dia pon perkenal kan diri S dan A..S agak smart..dan A agak alim sebab berkopiah…keduannya baru grad uitm…aku pon buat tak tau untuk terus menghirup tomyam tu….dah tiga kali aku hirup aku malu la pulok..takkan nak makan depan orang…batal terus niat aku nak makan…aku ketepikan pinggan aku…dan dengor apa diaorang nak cakap……….mula2 dia kata nak jalankan survey nk cari leader untuk dia buat program keusahawanan kat dalam uitm…..
………..mula2 dia Tanya kami pasal budget kami sebagai student………………….kami pon cakap yg bonar2 ja…..layan ja la dah orang tanya……tak lama selepas tu dia tanya kami nak join dak program yang dia buat…program keusahawanan untuk cari duet lebih……………..aku pon mula berbunga minat sebab…huhu….tengah sengket….untuk sem depan yang nak pakai duet tak cukup……….dia kata kalo berminat..datang la untuk dengar talk esok dekat sebuah tempat yang aku rasakan agak 3 bintang eksklusif…………aku masih poning..tidak dia beri tahu kami apakah benda nya…lalu dia suruh datang dengar talk dan memberikan kad nama dia…….aku pon belek2 tengok………dia cakap lagi…jaga2 kad tu ada..Allah….Muhammad……jangan letak merata2…….aku pon dok pelik tengok lambang syarikat tu…..lalu aku dengan spontan tanya …..’apasal letak Allah…Muhammad nih????’bisik aku…..dah tahu nak buat kad letak perkara yang tak sepatutnya letak…ye la….masuk jugak tandas nak di bawak jugak wallet nanti…..huhu………dia pon membalas…..”tu sebagai syarikat yang kami jugak jaga keusahawanan….dan kerohanian juga antara yang focus utama kami juga”….dia mungkin pelik aku bertanya begitu……..lalu aku lagi pelik bila ada dua orang lagi kawan diaorang datang…sorang aku tak perasan…..tapi lagi seorang..emm.agak selekeh dan pakai rantai kat leher……emmm….kerohanian ape nih…..pakai rantai…..????pelik benar2…..etronge!!!!!tapi ustaz aku pernah berkata..kalau orang laki2 tu sembahyang walau dia berambut panjang..kita mesti respect dia….husnulzhon…..

Soknya kami pakat2 pegi..aku….hazrati…dan qama yang tukang drive…lebih kurang pukul 2 petang….setelah sampai... kami sesat pulak..pakguard bagi tau direction tak betul..pandai2 la kami cari…dan akhirnya sampai gak….S menyambut kami…
Kami daftar dan terus masuk duduk di depan sekali…huhu..sebab belakang dah penuh…ikutkan hati nak menapak di belakang………..mula2 kami dikenalkan dengan manusia2 yang join keusahawan nih dan telah berjaya………….nak dekat pukul 3 ptg baru talk bermula…….panel yang sampai tu ok la jugak aku tengok…tapi point apa dia cuba nak sampaikan aku masih kabur..pening betul aku…..aku bukan tak paham…..tapi sepanjang tu..aku betul2 kabur…….titik kepuasan pekerjaan tu tak ada…banyak jugak slide2 show yang telah dia tunjuk..siap diiktirafkan jakim tentang kehalalan keusahawan tu…………….aku memang tak percaya langsung sekarang dengan Malaysia…..jakim pon sama2….bila sogok duet semua jadi……qama memandang aku yang berwajah serius…….tidak aku senyum….sebab aku memang kabur sesangat………namun layan je..
dah abih..talk….kami pon keluar....
Aku dan hazrati dipanggil……………lalu S bertanya berminat ka????tidak segera memberi jawapan…aku meletakkan punggung aku di kerusi..berkerut aku tengok A yang matanya memandang atas lalu berkata "duet2"…gilo…bisik aku….lalu A pon bertanya aku.’ha..macamana?’…0h …aku macam acuh tak acuh….lalu mereka bertanya kami…..ape2 yang tak paham boleh tanya???teragak2 aku nak tanya..tapi aku mesti tanya….soalan aku….”halal ka haram?”……kedua2 mereka gelak ….bisik aku...bodoh!!!!........ S tak menjawab soalan….lalu dia cakap .."sekarang kita pikir soal duet ja…macamana nak buat duet"……emmmm…..tak menjawab soalan..Bodoh!!!!duet2…………yang tu ja dalam otak…..aku tanya lagi chemicals product tu tak bahaya ka???ya la..sekali guna 30 minit dah ada kesan……..lalu A menjawab.."ooo..dia bertaraf GAMP…..selamat…sebab terkesan kerana product nanoteknologi"……dalam otak aku terbayang2 nano..(10 kuasa negatif 9>>>10^-9)….emm..hebat teknologi sehalus tu..takkan muka senget sebelah..sapu kat tangan ..dah elok???ajaib2…apa2 pon pikir aku air zam2 la yang terbest kemujarabannya…………….emmm kami diam je….masing dok pikir dulu…..balas kami..kami belum bersedia..menolak cara baik..…selepas tu kami blah dari situ………
Sampai hari ni aku blur…..nak dilihat…tentang pekerjaan tu….tiada peluh di dahi akan menitis kerana kepayahan pekerjaan tu..Cuma perlu pandai cakap….dan sedikit masa untuk memujuk orang...relax selepas tu...dan income boleh masuk tiap2 hari...masyuk2.....
......huh!!!…aku lebih rela keja tukang basuh pinggan kat kedai makan..asalkan benda yang aku buat tak kabur dan gaji yang aku terima tu….boleh menghalalkan darah daging aku…dan keluarga aku…..
Kesimpulannya…manusia sekarang ..aku lihat mengejar duet…halal ke haram..perkara itu bukan urusan lagi…biarpon dia seorang yang hebat..engineer..doctor….pakar syariah…ustaz(tidak semua)…..mereka telah mencari jalan keluar dari segala kekusutan hidup dan masalah dengan mengkayakan diri untuk jadi hamba duet…..kerana mereka bernama muslim…aku sedih..kerna mereka mengikut jejak2 orang2 bukan Islam berniaga….apalah guna..kekayaan dikumpul melimpah2 dan mengenepikan keserderhanaan yang Islam sarankan……..fikir aku..kita boleh kaya kalau ikut flow yang betol….kita masih boleh bantu keluarga dan membangunkan ummah….kerna rahmah Allah tak mengecewakan setiap hambaNya yang meminta..berdoa..dan berusaha……biarpon Allah terus melimpahkan kekayaan kepada mereka…..aku yakin ..itu semua ujian buat mereka..emmm makin banyak harta..rasa tak puas …di cari lagi…….sampai bila?????
Tekad aku..untuk jadi yang baik..hidup dalam tiada masalah…..tidak ada jalan pintas untuk semua itu…bagi aku...ya…kita sebagai manusia memang boleh buat perkara2 yang terlarang…tapi pada penghujung hati kita yang terkecik..…..akan jua terdetik..bunga2 mahmudah..lalu mengingatkan kita……………semua yang kita lakukan dari hasil yang tak betul...maka kita telah mencalarkan maruah Islam....dan rosaklah keturunan kita pada masa akan datang akibat dari tangan2 sendiri ....mungkin hari ini jika nikmat2 tak betul menyenangkan buat sementara..tapi penghujungnya kesengsaraan...
hati aku hitam..terlalu banyak calar2 dosa bertapok dalam diri................ tak mahu menambahkan apa yang sedia ada lagi........
apa yang dijaga adalah keturunan kita yang kita sendiri tak mahu rosakkan ianya bermula dari saat ini untuk pada masa akan datang........
aku doakan moga aku...dan semua ummat Islam terlindung dari sesuatu yang merosakkan diri..ye la..mana tahu hari ni Allah menguji mereka...dan kemudian pulak esok..aku juga turut diuji seperti begitu...........setiap langkah berwarna hikmah.....fikir...bermujahadah untuk hidup....=)
20091017
binatang jugak ada perasaan....
tapi sejak aku belajar ni..aku telah dikelilingi oleh orang2 yang sesangat prihatin terhadap binatang....macam mana lah harus membiasakan diri setelah lama aku tidak menghampirkan diri aku kepada binatang....??????
memandangkan aku dah tersesat ke dalam golongan2 (sayang kucing)... lalu...terciptalah assignment report witing kami nih....tentang kebajikan haiwan di Malaysia.....pada asalnya aku tak amik part tuk ketahui tentang kebajikan haiwan..memandangkan aku punya idea tuk buat benda lain dah direject..huhu....tapi aku menguatkan sedikit hati aku nih.....ya...kita perlu hormat dan ikut keputusan majoriti...tak semua apa yang kita nak.. dapat....cuma bersangka baik dan terus kan apa2 usaha yang boleh membaikkan lagi tanpa memadamkan segala kebaikan yang ada...eh!!!berapa baik????la....
Allah tu Maha Adil..lalu kerja2 kami dimudahkan nak dapat segala bekalan ........Alhamdulillah...cuma aku ja masih terkontang-kanting dek aku perlu memujuk hati aku supaya menyayangi binatang...Alhamdulillah.....aku mula suka kan binatang...walau aku cukup tak menunjukkan depan mereka.....errr..bagi aku tetap masih menunjukkan biasa2 ja....
oh...lupa pulak..kami telah menjalan research ke atas budak2 sekelas yang penjawab yang antaranya adalah yang terbaik....antara mereka jawab...."binatang pon ada perasaan dan dia pon makhluk tuhan yang perlu kita jaga "......ya..betol2....dan paling tak tahan binatang yang aku tengok kena dera dengan manusia psiko yang tak berhati berakal tu...sedih..sampai si Qama pon takut nak tengok dan sedih.....
esoknya presentation kami...kepala aku masih kosong dan tiada apa yang aku fikirkan lagi...ye la...masih lagi aku berpeluang nak masuk entri nih..huhu...masih bersantai lagi aku ni......english aku yang hancoq ..bak kata Qama...ayat2 cinta yang aku tulih dalam repot aku tu......macam mana" i can speak in english tomorrow"???ape2 ja lah...
banyak kerja tak buat lagi...
+study test ecology
+assignment mkt
+assignment physics
+++study..study ..nak final.....
kpd budak2 group...all the best..............korang...
"binatang pon ada perasaan"
tak rugi kita berhati seperti Abu Hurairah..sahabat nabi..
20091014
errr....
bertubi-tubi ke telinga aku......
biar pon aku cepat2 ingin memuntahkannya.....
tapi tak boleh...........
ia cuba jugak nak tetap sumbat.......
apa lah daya aku..................
pekakkan dan diam......
ikut kan hati.............................
argh................
biarkan................dia...........
----------------------------------------------------
hal lain pulak.........
pen yang aku sayang hilang plak.....
time aku tergesa2 nak tulih....
dia pulak tak kelihatan keluar......
puas aku cari...tak jumpak jugak......
aku cari bawah katil...
tak jumpak.....
yang jumpak pen yang aku sayang jugak....
hilang aku sangkakan....
jumpak balik...
tapi tu pen yang aku rembat dari abang aku
masa kat umah....haha.....
pen tu.....
ARTLINE DRAWING SYSTEM0.1
PIGMENTINK.WATERBASED.WATERRESISTANT
Shachihata EK-231
alhamdulillah.....pen tu....
tapi pen lagik satu...
biar la....
lambat laun jumpak jugak.....
sok test france..............
20091010
hari2..sejak2 ni aku pikir pasal sahabat.............
dahulu aku tak kenal engkau...
lalu kita bertemu....
kita bertemu dalam satu jamaah....
engkau tak ketahui rahmat itu yang engkau ketemu...
begitu jugak aku.....
kita temu satu cahaya...
kita di kenal pada erti tarbiyah......
kita juga belajar dengan satu murabbi....
pada suatu ketika dahulunya...
sekarang....kita sama2 terlempar pada bumi ini...
lalu aku memikirkan hal aku pada akan datang...
kejamkah aku meninggalkan kau....
engkau akan keseorangan.....
masih lagi hingga kini berat hati ini...
tapi aku masih memikirkannya...semalam...hari ini...
dan esok hari insyaAllah....
jawapannya aku akn cari.....
biarkan pon aku terpaksa berfikir berkali2.......
20091004
tak upaya dah aku nih????.....

ari nih aku memang termalas nak menulis...tapi makin aku pendam..makin sakit kepala.....apakah aku telah berputus asa untuk semua.....adakah aku dah penat untuk sesuatu yang datang untuk menguatkan aku lagi...aku tahu..hidup ni...tak kan pernah sunyi dari masalah...biar pon aku masih lagi bersantai2 untuk menenangkan hati aku dan otak aku yang semakin stress..ditambah dengan assignment dan test yang berderet2....aku dah tak upaya......Ya Allah..kuatkan aku..
adakah aku dah terlambat atas kesilapan aku nih.....aku dah terlambat kah????
semalam aku punya sedikit hal.....aku ke wangsa maju atas sedikit hal....yang aku kira ada jugak pentingnya sedikit..... dalam komuter tiba2 aku dapat mesej dari junior aku nama dia(ira)...."salam..akak ada kat bilik tak?"...balas aku..."tak dak....aku kat luar nih.."lalu si dia pon bertanya aku......"kak pi beli makanan ke???"selanjutnya aku membalas..."tak..aku pi jalan2.."..tidak aku nyatakan hal sebetulnya ke mana aku pergi dan aku jugak malas nak panjang kan cerita...aku pula membalas.."awat??"si dia terus sepi ..tak membalas.....dan aku masih lagi dalam perjalanan ke tempat tu...
abih saja urusan aku di sana aku terus balik...memang aku pening..dek kerna perjalanan yang jauh tu..aku sampai bilik dalam keadaan yang pening2....
tak lama selepas tu aku dapat mesej dari adik aku...."wei ..hang pi tengok ira sat...dia nak berenti blajar..."aku pon baca mesej tu dalam keadaan terkejut.. patut la dia nak jumpak aku masa aku dalam komuter tadi..aku bersoloroh sorang2...tapi aku penat dan tak larat lagi nak menapak ditambah pulak pening2...aku cuma suruh kawan aku pergi tengok kan si dia...aku pon...buka buku sekejap dan dek pening2 yang berpanjangan aku pon tidoq.......
pagi nih selepas subuh aku terus tidoq..pening tak abih lagi....bangun pukul 9.3o pagi..aku mandi dan terus aku hafal ayat2 france....memandangkan aku ada group lakonan pada pukul 11 pg....assignment yang perlu dihantar pada hari khamis depan.....
selepas abih kerja2 tu.....aku pon pergi menapak ke bilik junior aku tu ..ira.....
aku bagi salam berkali2 tak bukak...aku tepon tak angkat...setelah penat aku pon naik bilik solat....dan lepaih tu aku terus mesej adik aku untuk bertanya kabar tentang junior aku tu....adik aku balas"tak pa la..dia dah pi..hang mesej la dia".....
aku rasa sangat2 kesal ke atas diri aku nih....memang aku tersangat penat dan ditambah pulak pening semalam....aku tak dapat pergi jumapk junior aku tu.....terlewatnya aku.......untuk menguat dan memberi harapan pada orang.....kalo sebelom ni aku dapat juga membatalkan niat kawan aku ni tuk berhenti belajar..tapi untuk si dia aku betol2 terlewat....aku dah tak dapat berbuat apa2 lagi...aku sudah kehabisan semangat dan kata2...mulut aku kelu..aku dah tak dapat bicara...hanya pada blog aku nih..aku nak meluah sedikit rasa yang terbuku dalam hati aku.....
aku paham andai mereka2 itu mungkin sedikit dalam tertekan menjelang final yang tinggal hanya beberapa minggu ditambah dengan test2 terakhir yang lecturer akan buat...assignment tak siap.....dan aku jua pon melalui benda2 yang sama...aku pon tak cukup kuat untuk semo tu..tapi aku cuba merangkak sedikit untuk menyetelkan dan menenangkan fikiran aku..walau malas menguasai diri aku..aku tak tahu nak keluarkan ayat2 apa lagi..tapi yang aku tahu aku telah terlambat untuk sesuatu itu..dan aku hanya mampu berdoa moga si dia menukar fikiran balik....dan pelihara kami semo di sini..dan mak abah aku yang jauh dari aku...aku cuba menangkap wajah mak abah yang sedikit memberi kekuatan di sini walaupon aku tahu hingga saat ini aku dah tersangat2 ..tak cukup kuat untuk menolong diri aku dan menolong orang lain...
teringat aku ayat Al QUran......."janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah..sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir...."
moga kami semua terhindar dari berputus asa itu..ameeen....
